20 October 2004

Yah.... Bami Nangis.....

"Yah... Bami nangis...." kata Izzan sambil menunjukkan Emir yang teresak-esak menangis di belakang sofa. Aku jadi hairan, kerana apa dia menangis. Tetiba teresak-esak.....
Ah... rupanya ingin mengikut aku membeli kuih-muih untuk berbuka puasa. Aku tidak pulang dahulu. Dari pejabat, langsung ke Presint 2 buat pertama kali. Membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan di situ..... yang luasnya.... letih kaki menjalani!
Ah.... esok sahajalah! Pastikan esok siap mandi pukul lima. Kalau tak siap mandi, tinggal! Pesanan aku semalam. Jadinya petang ini harus ke Presint 2 dengan anak-anak. Dah kalau anak-anak mengikut, ibunya tentu tidak akan ketinggalan! Nanti pula... Jumaat, sudah ada jemputan berbuka di Putrajaya Seafood!

1 Comments:

At 1:34 PM, Anonymous Anonymous said...

Memamg luas Pasar Ramadhan di Putrajaya. Saya sekali singgah di situ.
Tentu seronok membeli juadah dengan anak-anak nanti.... Bilalah agaknya saya diberi rezeki seorang anak.

 

Post a Comment

<< Home