09 November 2004

Kerinduan

Menjelang 'Idul Fitri ini ada beberapa kerinduan menjenguk diri.

Kerinduan kasih Bonda yang telah sembilan tahun tidak bersama. Bonda yang tidak pernah kenal penat membesarkan 10 anaknya hingga seorang menjadi aku.

Kerinduan masa dulu. Bermainan bunga api dengan pelita sepanjang jalan dan rumah-rumah. 'Idul Fitri terasa meriahnya 20 kali. Zaman itu, tiada api yang pemetiknya di dinding. Tiada air dalam besi. Meriahnya 'Idul Fitri itu tidak terkira. Mungkin kerana aku kanak-kanak!

Kerinduan aku pada suasana di Japung. Tempat aku lima tahun bertapa. Tolabulilmi dan mencari rezki di sana. Lima tahun di Japung, berpuasa bersendirian, beraya beramai-ramai di Nampeidai Machi dan berjalan juga rumah ke rumah dengan densha (keletrik - keretapi letrik) lengkap berpakaian Melayu bersamping dan berbaju kurung kepada yang wanitanya adalah sesuatu kehidupan asing yang memang dirindukan.

Ketiga-tiga ini tidak akan bakal berulang. Makanya aku perlu merinduinya.......



0 Comments:

Post a Comment

<< Home