15 August 2005

Bukan Senang Nak Senang.....

Aku termenung beberapa kali sambil mata merenung skrin TFT notebook aku. Kerja pun jadi tidak berapa fokus. Pertanyaan seorang kawan beberapa hari lepas ketika "berbual-bual" di coffee house hotel Pan Pacific masih kedengaran.

"Berapa engko nak?" pertanyaan dia masih kedengaran. Bila ditanya begitu, hendak saja aku jawab 35,000.

Dalam beg aku ada 2 surat tawaran yang aku belum tengok lagi. Satu lagi surat tawaran akan datang bila aku kata aku berminat. Satu lagi sudah menyediakan bilik buat aku sejak 1 tahun yang lalu. Masih mengharap untuk aku menyertainya.

Aku perlu berfikir dua tiga kali untuk membuat keputusan. Ia keputusan yang besar buat aku dan keluarga aku. Ini bermula bila satu petang aku minum cafe latte di Starbucks.

"Pejam celik pejam celik dah lebih lima tahun setengah aku kat co aku rupanya. Paling lama aku kerja dalam satu tempat." kata aku dalam sesi perbualan. N memandang aku.

"Nak tukar angin ker?" tanya kawan aku itu yang ada banyak connection.

"Aku open. Kalau boleh satisfykan aku, aku tak ada hal....." jawab aku.

Sejak perbualan itu, beberapa panggilan telefon datang mengajak aku "berbual-bual". Perbualan yang menjurus kepada cabaran-cabaran karier. Pelbagai jawatan yang perlu aku fikirkan. Aku fikirkan kesan-kesan yang mungkin kepada keluarga aku. Anak-anak aku yang sedang mula membesar menjadi remaja. Kesan-kesan business kepada syarikat sekarang. Kalau aku berhenti, siapa yang akan melakukan apa yang aku lakukan? Bagaimana idea business model ini boleh dikembangkan? Aku punya nombor pekerja 002. Bersama dengan 2 orang lagi mencipta formula perniagaan teknologi baru lebih 5 tahun dulu. Jadilah syarikat ini yang sudah bagus. No 3 dalam Deloitte Technology Fast 500. Satu-satunya syarikat dari Malaysia yang tersenarai sebagai Top 20 sejak anugerah ini diadakan. Satu kebanggaan untuk negara.

Cuma aku sudah membuat keputusan. Yang sukar untuk aku lakukan sebenarnya. Aku sudah membuat keputusan untuk mencari kepuasan lain dalam karier aku. Yang tidak memberi kesan banyak kepada keluarga aku, anak-anak aku. Santai keluarga aku.....

Aku ingin katakan pada isteri aku yang aku akan bekerja di syarikat lain pada pertengahan September nanti. Untuk satu kepuasan, demi Agama, Bangsa dan Negara!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home