19 April 2005

Perjalanan Ke Mentari Terbit (3)

Pagi Ahad, 3 April, pagi-pagi sudah bersedia. Minum kopi di lobi hotel, berbualan tentang peristiwa semalam. Tentang jalan-jalan di Shibuya. Tentang keletrik. Tentang kebersihan dan tentang disiplin di jalanan.

Satu perubahan yang ketara, kebersihan jalanan terutama simpang jalannya. Dulu, 15 - 20 tahun dulu, akan penuh dengan putung rokok. Kini tiada lagi. Dapat tahu, merokok di jalanan juga satu kesalahan. Aku tidfak tahu. Aku selamba saja merokok sambil berjalan. Tiada siapa pun yang tegur atau tahan.

"Tunggu sapa lagi? Tunggu MY ke?" tanya aku pada yang lain. MY adalah seorang GM yang ditugaskan menjaga kami.

"Tunggulah dulu." kata DR. Aku sebenarnya tak nak sangat ada guide nih. Tak bebas. Tapi dah dia orang nak jadi guide, aku pun tak der hal sangat. Yang penting, aku dapat barang yang aku nak. Cuma aku takut, dia yang sesat di situ.... Maklum, dia bukan orang Tokyo. Cuma dia orang Japung. Mungkin aku lebih tahu seluk-belok Akihabara berbanding dia.

"Moshiwake gozaimasen...." (Mintak mafa banyak-banyak...) kata MY tertunduk-tunduk dalam keadaan berlari-lari. Aku katakan tak apa.... Lalu kami berangkat. Kereta sudah menunggu. Masuk kereta, dua kereta sudah memadai. Hanya berlima. Dari Shiodome, menaiki kereta singgah ke satu restoran me Japung. Aku fikir nak makan pagi dan tengahari sekali di Akihabara. Tapi si MY sudah aturkan makan di sebuah restoran soba yang bagus di Tokyo. Sampai sahaja ditempatnya, restoran masih belum buka. Tapi sudah ramai orang beratur untuk masuk. Lebih dari 25 orang ikut kiraan seorang sahabat. Tidak lama kemudian, tepat jam 10.00 pagi, pintu dibuka dan berduyun-duyun masuk ke restoran tersebut. Mengambil tempat duduk bersila.

Tuala hangat dihulurkan. Teh hijau Japung dihidangkan. Pesanan di ambil. Aku menempah soba sejuk sahaja. Mi Japung berwarna hijau dan kuning dua perasa. Yang lain lebih suka dengan temjpura soba.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Akihabara. Tidak sampai 20 menit sudah sampai. Aku minta untuk diturunkan di depan sebuah Laox, gedung barangan elektrik yang besar di Japung. Aku katakan yang Akihabara adalah bandar barangan elektrik di Japung. Banyak barangan di sini. Dianya juga sebagai tempat untuk "market scanning" kepada syarikat-syarikat besar. Kadang, satu model ada banyak "brand carrier". Model yang dibangunkan oleh R&D house. Siapa yang banyak menjual, boleh membeli "right" kepada model tersebut.... Itulah cara persaingan positif di Japung....

Aku membawa rakan-rakan delegasi aku memanjat eskalator ke tingkat 5, 6 dan 7 sebuah bangunan. Laox. Tiga tingkat untuk barangan elektrik "duty free". International model. Semua dengan dual voltage atau system international yang boleh diguna pakai di mana-mana sahaja dunia. Tidak perlu "step down transformer". Yang menarik pada aku ada banyak. Salah satunya adalah digital kamera. Dapat tengok model-model baru. Aku belek sebuah. Sony dengan 7.2 Mega pixel kejituan resolusi gambar. Harga yang ditawarkan untuk aku cuma 41,000 yen. Seorang kawan membelinya dengan harga itu walau harga yang terpampang adalah 43,000 yen. Murah 2,000 yen (RM 72) dari harga dipaparkan. Dan itu pun sebenarnya murah 5,000 yen daripada harga tanpa bebas cukai.

Aku bawa kawan yang beli jumpa jurujual berbangsa Cina tadi. Aku kata aku nak beli sebijik lagi. Tanya berapa harga yang ditawarkan. Dia menung sebentar dan panggil bossnya yang berbangsa Japung. Bila si boss datang, aku mula bercakap dan memujuk dalam bahasa Japung. Hasilnya, dapat harga 39,000 yen (RM 1,400) dengan kad memori Sandisk 512MB berharga 7,000 yen (RM 252 sahaja). Aku kira ini sudah cukup berbaloi. Tapi aku masih belum membuat keputusan. Belum mahu beli lagi. Sebab hari itu hari Ahad. Ramai orang membeli-belah. Jalan utama di Akihabara hingga ditutup. Kalau esok, hari Isnin, hari kerja. Lagi bagus kuasa tawar menawar. Aku catitkan nama penjual tadi dengan harga yang ditawarkan pada sehelai kertas. Sebagai bukti yang inilah harga yang ditawarkan hari ini. Aku bagi alasan untuk melihat-lihat di kedai-kedai lain atau esok datang lagi.

Kami berjalan-jalan keliling Akihabara. Daeri sebuah bangunan ke sebuah bangunan. Banyak yang dibeli. Seorang sahabat, seorangg pegawai khas menteri yang juga seorang jutawan di Malaysia membeli banyak hadiah untuk keluarga. Malah ingin membelikan aku barangan yang aku mahu untuk keluarga aku. Aku jawabkan tak perlu. Sudah ada banyak barangan Japung di rumahku. Aku cuma kepingin satu set lagi pedang Japung. Untuk aku melatih anak-anak aku bermain pedang. Lali aku membeli satu set pedang panjang dan pendek. Tidak tajam. Untuk hiasan. Bersarung hitam dengan ukiran keemasan. Dari logam yang kuat yang boleh ditajamkan nanti di Malaysia. Aku beli dengan harga 19,000 yen. Anak aku tentu puas hari. Tidak lagi menggunakan pedang kayu bila berlatih bersama-sama aku di halaman.

Jam 4.00 pm, kami bertolak ke Ueno. Aku mengajak sahabat-sahabat aku ke taman Ueno. Satu taman awam yang menjadi tumpuan. Di situ, kelihatan ramai wajah-wajah "Melayu". Bila didekati, jelas pertuturannya berbahasa Indonesia atau Thailand. Dulu, sewaktu aku di sana sebagai pelajar, tidak mungkin untuk ketemu wajah-wajah yang serupa dari negara lain.....

Untuk melihat sakura berkembang agak mengecewakan. Hanya ada "ume" yang kembang. Sakura hanya dalam 10% kembang. Agak awal dalam seminggu. Jika minggu depan, tentu menarik dengan pesta "hanami" di sana-sini.....

Akhirnya aku membawa sahabat-sahabat aku ke Ameyoko-Cho. Melihat-lihat keadaan pasar terbuka di Japung. Tidak ada niat untuk membeli barangan. Tapi terbeli juga beberapa kotak "nori" (seaweet), "ocha" (teh Japung), kasut golf dan beberapa helai tali leher. Tali leher berkualiti tinggi hanya 1,000 yen sahaja di situ.

Hampir gelap, kami pulang ke hotel. Kali ini, mungkin pemandu kereta sudah tidak boleh menjejaki kami. Kami menaiki densha (keletrik) pulang ke hotel. Harus segera mandi-mandi untuk nanti jam 7.00 malam satu makan malam rasmi di hotel berdekatan......


4 April, 2005
Shiodome, Tokyo, Japan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home