09 November 2004

Balik Kampung....

Tengahari aku jalan-jalan di Alamanda. Ambil angin "suam" kata kawan sepejabat aku. Di pejabat memang dingin sangat. Bukan dingin sebab pendingin udara, tapi sebab memang sudah tidak ada bahan pemanas untuk di bakar dalam badan. Yang ada lemak-lemak yang tinggal. Makanya terasa terlalu dingin.
 
Di Carrefour Alamanda, aku dapat idea. Mungkin idea yang sangat bernas sekali untuk aku. Terfikir untuk rehat panjang-panjang. Lalu sms ke isteri yang tidak tahu aku tengah buat apa dia di rumah. Aku smskan
 
"kita balik esok...."
 
Kegirangan, dia langsung menelefon aku. Saja aku ingin buat keluarga gembira. Balik awal dua hari daripada yang dirancang. Dan esok aku katakan akan ambil separuh hari sahaja bekerja. Minggu depan cuti hingga habis minggu! Hari Khamis, boleh aku ke Fajar di Teluk Intan untuk mencari baju kesukaan aku di sana, baju kepala arnab!
 
Yang penting, anak-anakku gembira dan ibu kepada anak-anakku juga gembira.
 
 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home