19 August 2005

Biar Mengantuk Asal Lena Tidurku

Telefon bergerak (telerak) bergetar dan berbunyi. Aku terkejut sebab aku sedang menikmati hidangan tengahari di kedai makan di Dengkil bersebalahan masjid. Di situlah aku saban minggu pada hari Jumaat. Selepas makan, solat Jumaat kemudian minum segelas air dan kembali ke pejabat di Cyberjaya.

Aku ambil telerak aku. Berbunyi sebab memberi amaran kepada aku untuk tidur awal malam ini. Giliran bertugas meronda di kejiranan. Tugas setiap 21 hari ini sudah berterusan sejak 3 tahun yang lalu.

"Tamanku, rumahku" slogan penduduk kejiranan. Keselamatan jiran adalah juga keselamatan kita. Cuma aku rasa terkilan. Dulu, ketika baru menduduki perumahan ini, sering berlaku kejadian pecah rumah. Ketika penduduknya sedikit, beberapa rumah dipecah dan disamun. Penghuni di ikat. Ada yang melawan, penghuni di pukul hingga pecah rahang. Keluarlah di akhbar. Mendapat liputan meluas. Seorang pegawai polis di rompak dan sepucuk pistol dilarikan perompak.

Suasana jadi aman seketika. Sudah ramai yang selesa "meronda di bilik" sahaja. Aku yang sering pulang lewat dan kadang hingga jam 3 pagi, sering merasai kelainan. Kalau dulu, boleh berhenti dan berbual-bual dengan jiran-jiran. Kini, jarang-jarang ada yang meronda.

Pagi kelmarin, menerima SMS yang berbunya;

"awal pagi tadi, rumah jiran kita en. r******* dimasuki perompak. banyak barang termasuk kereta dilarikan!"

Aku terkejut! Boleh berlaku lagi? Inilah kalau kita lepa!! "Mereka" memerhatikan kita. Sedikit kecuaian kita, membawa padah pada jiran-jiran.

Pada aku, biar aku korbankan satu malam supaya lena tidur aku 20 malam yang lainnya!! Malam ini, aku akan korbankan selesa tidur di tilam empuk.... Pedang samurai akan menemani aku hingga azan subuh berkumandang esok pagi......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home