17 August 2005

Kita Mesti Telanjang

Kita mesti telanjang
dan benar-benar bersih
suci lahir dan di dalam bathin

Tengoklah ke dalam sebelum bicara
singkirkan debu yang masih melekat - 2x

Anugerah dan bencana
adalah kehendakNya
kita mesti tabah menjalani

Hanya cambuk kecil agar kita sadar
adalah Dia di atas segalanya - 2x

.......
.......
.......

(Ebiet G. Ade ; Untuk Kita Renungkan, 1982;

http://www.hamlau.com/ebiet.html)


Mengutip bait-bait lagu puisi dendangan EGA ini begitu menusuk kalbuku dan sering kali aku ke sini untuk mendengarkan lagu-lagunya bila rasa kesesakan akibat tugasan di pejabat. Menghayati bait-bait ini, aku memikirkan sekeliling aku. Koleksi CD ku ada yang tidak lengkap!

Cukup ramai yang tidak memahami!! Sehari-hari, sekeliling aku berbunyi yang kurang enak. Bagai lupa kepada bait bait "adalah Dia di atas segalanya". Apakah ini kerana kita masih belum telanjang dan belum benar-benar bersih?

"Has, apa komen engkau pasal kenaikan harga minyak? Engkau tak ada kesan pada engkau." tanya seorang kawan satu ketika dulu.

"Aku tak terjejas? Huahahahaha........ " jawab aku ringkas sambil aku mencapai gelas teh tarik di Restoran Santai d'Fifofo.

Sengaja aku tidak memberi komen panjang. Sengaja aku menjadikan topik itu sebagai satu perkara yang remeh untuk gurauan. Jarang aku begitu dengan kawan-kawan pemancingan aku.

"Sekejap naik-sekejap naik..... Tengok keuntungan Petronas berbilion. Tak pun diagihkan keuntungan itu untuk rakyat!" sorang lagi bersuara.

"Berapa bilion untung Petronas?" tanya aku. Senyap. Tidak ada jawaban.

Memang kadang kita sering tidak puas hati dengan apa yang kita dapat. Kita sering menyalahkan orang lain bila kita kekurangan. Itu normal bagi manusia yang ada "debu-debu". Kita bukan manusia yang tiada "debu-debu" lahir dan bathin. Untuk telanjang dan benar-benar bersih bukanlah satu yang mudah. Guru besar sekolah agama sendiri pun berlaku "curang" dengan anak murid sendiri. Imam masjid sendiri pun ada yang di tangkap kerana berkhalwat. Tapi ini semua bukanlah alasan untuk tidak tahu. Kadang kita tahu tapi kita tidak berilmu yang boleh membezakan dengan waras. Ilmu yang ada kadang dibelengu nafsu, bukan aqal dan taqwa.

Aku tanyakan pada sahabat aku tadi.

"Engko dapat gaji di tolak hutang-hutang ada baki? Baki tu engkau bahagikan sama rata pada anak-anak engkau?"

Tentu jawabannya tidak. Begitu jugak kerajaan. Keuntungan Petronas 2004 sebelum cukai dari hasil minyak sahaja ada dalam RM 58.060B. Untung bersih Petronas dapatlah RM 25.714. Jadinya kerajaan mengambil dari keuntungan Petronas sebanyak RM 32.35B. Dari sini, RM 6.6B digunakan untuk subsidi tahun ini. Itu sudah 20.4%!!!! Itu belum lagi yang kerajaan lupuskan cukai untuk menjana tenaga. Lebih 60% tenaga letrik yang dikeluarkan tu datangnya dari gas dan diesel!! Dah tuh kita dapat subsidi tenaga letrik lagi. Tarifnya pun ada subsidi lagi.....

Secara ringkas untuk sahabat aku berfikir. Aku tutup cerita harga minyak naik. Dalam hati pun aku tidak senang. Kalau ikut nafsu. Tapi, begitulah realiti. Kita perlu simpan sebanyak mana yang boleh dan dapatkan seoptima mana yang boleh bagi menjana lagi kekuatan ekonomi kita. Kita tidak mahu jadi bangsa yang miskin. Negara yang miskin yang hanya nanti diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Kita mahu manjadi negara yang boleh bergerak ke depan dengan bantuan minima dari luar. Tentang perniagaan, seharusnya kita menggunakan sebaik mungkin perniagaan dengan luar bagi menjana lebih keuntungan kepada negara. Biar mudah mempertahankan bila keadaan memerlukan.

Yang penting,

"kita mesti telanjang
dan benar-benar bersih....."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home