30 July 2004

Apakah Aku Sudah Tua?

Apakah aku sudah tua benar?
 
Kadang-kadang aku mengharapkan aku punya 28 jam sehari. Bukan 24 jam! Tetapi Al-Khaliq telah menciptakan hari yang pusingan jamnya hanya 24 jam. Setiap manusia dan haiwan dan tumbuhan dan semua makhluk di atas muka bumi dan di dalamnya punya 24 jam sehari.
 
Kenapa aku tidak kecukupan?
 
Apakah aku sudah tua dan sering leka makanya tidak kecukupan masa?
 
Ah.... Ini bukan satu keluhan. Ini bukan juga satu protes. Ini adalah ketentuan yang telah ditetapkan. Bahawa aku ini seorang yang sibuk! Atau seorang yang menyibuk! Hehehehehe......
 
Menyibuk untuk satu keluarga yang sangat aku kasihi. Rumahku Syurgaku! Isteriku Bidadariku! Anak-anakku Penghiburku!!
 
Menyibuk untuk masyarakat kejiranan yang mengelilingi. Cantik kejirananku, maka akan cantiklah anak-anakku membesar. Menjadi manusialah anak-anakku, bukannya menjadi "hantu". Dan mereka inilah yang akan memberikan cahaya di dalam kuburanku nanti bila aku mati!
 
Menyibuk dengan kerja seharianku. Pepagi ke pejabat, lewat petang atau malam sampai kembali ke rumahku syurgaku. Malam aktiviti keluarga, kejiranan dan beliaku. Tengah malam membuka note book ku lagi yang aku bolehkatakan sebagai "pejabat comelku". Mula melihat kerja-kerja dan menyusun prioriti untuk esok!
 
Hujung minggu, Jom Pergi Mancing!!!! Masa ku menghayati keindahan kehidupan ciptaan Rabbul Alamin!
 
Tidak cukupkah 24 jam sehari untukku? Hanya aku yang boleh menjawabkannya........
 
 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home