26 July 2004

Hujung Minggu Yang Meletihkan.....

Hujung mingguku kali ini meletihkan. Dari malam Sabtu, hingga ke malam Isnin penuh dengan aktiviti yang meletihkan. Letih badan dan letih kepala.
 
Malam Sabtu, mesyuarat di meja makan di Food Court Ukay Perdana hingga jam hampir 1 pagi. Sampai di rumah, semua sudah nyenyak. Sambung memasukkan apa yang dibincangkan tadi ke komputer hingga jam hampir 4 pagi. Pagi-pagi, anak sudah menggerakkan. Nak solat sekali. Akur perintah anak yang baru 3 tahun 1 bulan. Lepas itu, ingat pesan ibunya. Hari ini nak masukkan telefon rumah. Kawasan perumahan baru, baru dapat line. Bolehlah anak-anak main komputer. Boleh berchat dengan isteri ketika aku di pejabat.
 
Pusing-pusing di Kajang, tak jumpa kedai Telekom. Informasi silap. Bukan lepas Balai Polis ke kanan, tetapi simpang di Balai Polis ke kiri! Membazir 1 jam. Untung anak-anak, sarapan kali kedua sementara ayahnya mencari-cari.....
 
Petang, sampai di rumah. Sempat membeli tali pancing baru. Untuk memburu toman esok harinya.....
 
Ah..... malam nanti, ada lagi. Perlawanan persahabatan badminton di Country Heights. Entahkan boleh pergi, entahkan tidak. Mata sudah letih benar sedang anak-anak mahukan bermanja. Seperti tahu, minggu depan akan ditinggalkan seminggu........
 
 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home