14 December 2004

Di Dada Kuala Lumpur

Dulu lain sekarang lain.....

Kuala Lumpur amat berbeza sekali dengan yang aku kenali 25 tahun dulu. Kuala Lumpur kini memerlukan banyak roti kerana jem di sana-sini! Itu kata anak aku. Bila aku kata "jam", mereka akan kata beli saja roti!! Harus aku ketawa.
Dan semalam, aku berpeluang menaiki monorel dan ERL buat pertama kali. Itupun seorang sahabat sepejabat yang asal Singapura yang menyarankan agar aku meletakkan kereta di Putrajaya. Menaiki kereta bersama seorang lain dan pulang dengan ERL hingga Putrajaya.
Malang, hujan turun, jalan sesak dan aku terpaksa mengalah dengan keadaan. Minta diturunkan di mana-mana setesen yang boleh membawa ke KL Sentral. Monorel adalah satu penyiksaan. Setelah lima monorel berlepas, baru aku dapat memasukinya! Mujur aku praktikkan cara masuk sebagaimana semasa aku di Jepung 15 tahun yang lalu! Kalau tidak, sahih aku akan ketinggalan lagi.
ERL, satu pengalaman pertama juga. Tahniah.... Ini harus diperbanyakkan lagi. UNtuk keselesaan. Rasa cukup selesa.
Perjalanan dari KL ke Putrajaya, dari bekas ibu negara ke ibu negara memberikan dua pengalaman yang sangat berbeza. Walau hanya pengalaman dalam kenderaan yang secara am disebut "kereta api"!
Yang satu "kesesakan dan kerimasan" dan yang satu lagi "keselesaan dan kelapangan". Ia seperti "ying" dan "yang" kata orang Cina. Seperti "hitam" dan "putih" kata Michael Jackson.