14 August 2004

Jaga Kau Kerapu!!!!

"Emir ikut ayah ya!" tanya aku. Mungkin ianya bernada perintah..... hehehehe... Abangnya akan menghadiri ceramah kerjaya di Putrajaya. Aku langsung mengajak anakku yang kedua menemani. Pagi ke Shah Alam, atas urusan pejabat-pejabat kerajaan di situ. Langsung ke Pelabuhan Kelang. Ingin mencuba memancing di kolam pancing Sea Lion.

Tempuh hari, hasil kurang bagus. Memancing untuk pertandingan atas jemputan Bank Rakyat, hasilnya kurang bagus! Walau tidak mengeluarkan modal.... kepuasan memancing tidak kedapatan. Hanya 3 ekor jenahak yang aku naikkan di akhir-akhir masa pertandingan. Ikan di kolam 1 tidak mahu menjamah ikan belanak dan udang hidup yang aku sangkutkan pada mata kail aku.

Jam 2:30 petang aku sudah sampai. Kolam 1 di buka hanya jam 3:00 petang. Sudah ramai juga yang menanti. Masing-masing dengan semangat dan harapan. Harapan untuk menaikkan ikan besar! Aku tidak terkecuali. Tetapi aku bukan ingin sangat menaikkan ikan terbesar! Aku mengharap menaikkan sebanyak mungkin ikan di kolam tersebut.

Bunyi air horn kedengaran. Aku memulakan pancingan. Tidak menyangkut langsung! Jam 3:30 petang, sebuah lori sampai. Sibuk pekerja-pekerja di situ bertungkus-lumus memunggah selori ikan daripada lori ke kolam. Ikan baru sampai terus dimasukkan. Besar-besar... rata-rata bersaiz lebih dua kilogram. Pemancing di sebelah aku sudah mula menaikkan ikan. Ikan tanda besar. Seorang lagi dan seorang... Pemancing yang memancing di tempat lain berpusu-pusu menghampiri. Tempat aku menjadi sesak. Tidak kurang dua puluh pancing dalam kawasan sekitar 30 kaki!

Ah..... keseronokan memancingku mula tergugat. Disiplin memancing tidak diendahkan. Masing-masing inginkan tangkapan dan tidak peduli pemancing lain. Sengaja melintangkan balingan dari tempat lain untuk supaya umpan mendekati "lubuk" di mana beberapa ikan di naikkan sebentar tadi! Tali-tali pancing berselirat. Seekor ikan menyangkut, nescaya beberapa pancing turut tersangkut sekali!!

Aku membiarkan pancing aku di tempat asal. Berhampiran tiang-tiang pelantar tempat pekerja memasukkan ikan. Aku pasti tiang konkrit di situ sudah berlumut dan menjadi kesukaan kerapu . Aku tidak ikut berlumba membaling umpan ke lubuk tadi untuk menaikkan tanda dan jenahak!

Tiba-tiba tali pancingku kendur. Segera aku menegangkan tali. Memutar kekili dengan perlahan hingga agak tegang dan merembat dengan kuat supaya mata kail menyangkut dengan baik! Lalu aku mengayuh terus kekili aku. Sesekali terpaksa berhenti dan "drag" yang sudah ketat mampu juga memuntahkan tali dari spool aku. Kedengaran suara di keliling aku memberi galakan untuk aku bertahan dan menarik.... Suara menyebut "besarnya" juga kedengaran. Ada yang datang dari jauh menanti ikan apa dan besar mana yang menyangkut di mata kail aku. Aku bertarung terus. Aku percaya tali perambut sepanjang 2 kaki berkekuatan super-strong 50 paun tidak mampu putus. Kalau putus pun, tentunya tali utama aku yang hanya berkekuatan 20 paun.

Aku masih mengayuh kekili dengan irama tersendiri. Sesekali berhenti dan membiarkan ikan di hujung sana memuntahkan tali di spool aku. Aku dapat gambarkan ikan seberat lebih dari 8 kg tersangkut di mata kail aku. Joran "high action" 6 kaki aku melentur bila aku menarik joran sebelum memutar kekili. Pemancing di sekeliling aku sudah menaikkan semua pancing. Tahu ikan ini besar dan kemungkinan untuk menaikkan dengan segera tidak boleh ditentukan.

Tali sudah semakin pendek. Hanya kira-kira sepuluh kaki. Seorang pemancing sudah bersedia untuk membantu aku dengan tangguk yang aku bawa. Ikan masih belum kelihatan. Masih belum diketahui jenisnya. Aku terus menarik agar tali sentiasa tegang. Jika kendur sedikit, mungkin akan menyebabkan tali putus terkena gigi-gigi ukan yang tajam. Aku menarik terus ..... malang, terlanggar seorang pemancing yang berada di belakang aku. Tali menjadi longgar dan aku hampir terhumban ke depan ditarik ikan dan .... TUUUSSSSsssss...... Tali terus longgar! Aku menoleh ke belakang kepada pemancing yang aku terlanggar tadi. Beberapa pemancing kesal..... Menggulung tali dan duduk sebentar. Aku buka topi aku! Kecewa tetapi dapat kepuasan bertarung sebentar. Aku perhati tali perambut yang putus. Tali "super-strong 50 paun" putus terkena gigi tajam yang aku pasti adalah kerapu. Kerana di kolam ini tidak ada alu-alu!!

Jam 6:00 petang, cukup tiga jam memancing aku bersiap pulang. Tergantung di tali tambatan ikan aku ada 4 ekor ikan. 2 ekor kerapu bersaiz kecil dalam 1 - 2 kilogram, seekor jenahak 2 kg dan seekor tanda yang bersaiz serupa! Petang itu, empat ekor ikan aku naikkan dengan tiga kali tali pancing aku terputus dan sekali ikatan mata pancing aku terlucut!! (masih belum pro rupanya aku......). Wang RM 30 yang aku bayar kepada tuan punya kolam memberi pulangan yang baik, jika di kira sekilo ikan tersebut berharga RM 12. Hasil yang aku bawa pulang melebihi RM 40!! Itu belum di kira kepuasan menaikkan ikan-ikan di kolam tersebut!!

12 August 2004

Serabut....


Kadang....... kepalaku jadi berserabut begini.......... Walau tetap bercahaya!!

Arowana Kuningku....


Arowanaku yang sangat suka makan anak ikan..... Sudah berumur 3 tahun lebih, beberapa bulan tua dari anak-anak kembar aku..... Warna keemasan sudah mula menyerlah!!

09 August 2004

Harus Berangkat....

Ah......

Aku harus segera berangkat, masa ini terlalu pantas berlari, tidak sedar meninggalkan aku sendiri.....

Di sana, orang sedang menanti... tidak tahu keadaan jalan lagi, mungkin jam kerana jambatan retak gejala ilmu yang diperlekehkan, dan nilai komersial yang diperbesarkan!!

Ilmu yang tidak dengan "Fikrah Islami", sentiasa sahaja membunuh kesejahteraan diri!!


Kepulangan Yang Dinanti.....

Hujung minggu, aku memulakan dengan bermain-main dengan anak-anak. Hingga jam 9:00 pagi, melepas rindu pada anak-anak, aku masih di pembaringan. Perkara yang jarang aku lakukan. Ti-vi di bilik tidur menemankan kami. Bergusti aku dengan empat orang anak-anak lelaki aku sedang ibunya sibuk di dapur!

"Ma... hari ini kita jalan-jalan......" kata aku sekeluarnya daripada bilik. Aku dekati ibu anak-anak dan dakap dari belakang. Anak sulung menutup ti-vi di bilik dan membuka ti-vi di ruang rehat keluarga. Menanti Dragon Ball Z! Katun kesukaannya sejak dari dulu.

Sabtu, minum pagi di rumah, makan tengahari di Selera Putra, berehat di Wetland Putrajaya, minum petang di Taman Warisan, Putrajaya! Sebiji durian tidak habis di Taman Warisan. Bukan tidak sedap. Bukan tidak suka.... Hanya mood bukan untuk makan durian. Mood untuk bermesra bersama keluarga. Seminggu berjauhan, terasa dalam di jiwa. Kerinduan yang bersangatan! Malam minggu, ada jemputan BBQ oleh jiran aku. Merai anaknya yang dianugerah khidmat cemerlang Petronas! Lewat malam, (atau aku sebutkan pagi!) aku harus berjaga. Giliran aku menjadi peronda malam. Menjaga keamanan kejiranan agar nyenyak tidur jiran-jiranku, sebagaimana nyenyak tidurku malam-malam lain dikala mereka meronda.......