09 October 2005

Iftar di rumah saja

4 Ramadan di meja berbuka puasa

"Sedap bang?" tanya aku setiap kali anak yang sulung menjamah makanan yang dibeli. Petang tadinya memang tak membuat apa-apa. Satu keluarga ke Bazaar Ramadan di Bandar Baru Bangi. Hampir semua jari bergayutan plastik-plastik pembungkus makanan. Aku memang membiarkan mengikuti selera anak-anak aku. Untuk nanti aku belajari mereka apa arti semuanya.

"Hm.... sedap." jawabnya pendek. Memang pada dia, kalau iftar (berbuka puasa) semuanya sedap. Tak ada yang tak sedap.

"Emir? Sedap tak?" tanya aku pada adiknya.

"Hmmmmmm....... " sambil mengeliat sedikit. Susah benar mengeluarkan kata-kata.

"Kalau ayah buat mee sup, sedaplah....." jawabnya setelah lama menggeliat. Dalam hati aku ketawa.

Selesai solat Maghrib berjemaah dengan anak-anak dan isteri, sekali lagi duduk di meja makanan. Aku hanya menjamah sedikit sahaja. Masih banyak makanan yang tersusun di meja makan.

"Tadi siapa yang mintak roti jala?" tanya aku.

"Abang!!" cepat adiknya menyahut. Masih ada 6 keping roti jala di tempatnya.

"Tadi siapa mintak murtabak?"

"Emir!!" jawab abangnya pulak.

"Ok. Ayah nak, semua makanan ini nanti tak ada yang terbuang. Banyak lagi kat meja ini ayah tak nak ada satu pun yang dibuang. Semua kena makan." kata aku tegas.

Semua anak-anak aku terdiam. Perut sudah kekenyangan dengan nasi ayam dan mee sup. Kuih-kuih pun nak kena habiskan juga.

"Itulah.... lain kali semua nak." kata emaknya.

Aku bangun dan berjalan ke ruang rehat menemani anak kembar aku yang sedang baring-baring di depan ti-vi.