30 July 2004

Apakah Aku Sudah Tua?

Apakah aku sudah tua benar?
 
Kadang-kadang aku mengharapkan aku punya 28 jam sehari. Bukan 24 jam! Tetapi Al-Khaliq telah menciptakan hari yang pusingan jamnya hanya 24 jam. Setiap manusia dan haiwan dan tumbuhan dan semua makhluk di atas muka bumi dan di dalamnya punya 24 jam sehari.
 
Kenapa aku tidak kecukupan?
 
Apakah aku sudah tua dan sering leka makanya tidak kecukupan masa?
 
Ah.... Ini bukan satu keluhan. Ini bukan juga satu protes. Ini adalah ketentuan yang telah ditetapkan. Bahawa aku ini seorang yang sibuk! Atau seorang yang menyibuk! Hehehehehe......
 
Menyibuk untuk satu keluarga yang sangat aku kasihi. Rumahku Syurgaku! Isteriku Bidadariku! Anak-anakku Penghiburku!!
 
Menyibuk untuk masyarakat kejiranan yang mengelilingi. Cantik kejirananku, maka akan cantiklah anak-anakku membesar. Menjadi manusialah anak-anakku, bukannya menjadi "hantu". Dan mereka inilah yang akan memberikan cahaya di dalam kuburanku nanti bila aku mati!
 
Menyibuk dengan kerja seharianku. Pepagi ke pejabat, lewat petang atau malam sampai kembali ke rumahku syurgaku. Malam aktiviti keluarga, kejiranan dan beliaku. Tengah malam membuka note book ku lagi yang aku bolehkatakan sebagai "pejabat comelku". Mula melihat kerja-kerja dan menyusun prioriti untuk esok!
 
Hujung minggu, Jom Pergi Mancing!!!! Masa ku menghayati keindahan kehidupan ciptaan Rabbul Alamin!
 
Tidak cukupkah 24 jam sehari untukku? Hanya aku yang boleh menjawabkannya........
 
 

28 July 2004

Yo Gang! Apa khabar?

"Yo Gang! Apa khabar?" kataku pada sahabat lama yang entah di mana waktu itu. Suaraku di proses untuk dihantar dengan gelombang radio dan diterima oleh sahabat lamaku dalam waktu yang sama. Teknologi GSM! Global System for Mobile communication memudahkan komunikasi hampir di seluruh dunia. Kecuali beberapa tempat yang menggunakan sistem lain seperti di Amerika dan Jepun!
 
GSM, satu sistem digital untuk komunikasi yang sangat luas penggunaannya berbanding TDMA (di baca Time Division Multiple Access) dan CDMA (Code Division Multiple Access). GSM menukarkan data dalam bentuk analog kepada digital dan di mampatkan. Kemudiannya ianya di hantar ke saluran menggunakan dua arus data pada masa yang tertentu. Semua proses ini dilakukan samada dalam gelombang berkelajuan 900 MHz atau 1800 MHz (dibaca 900,000,000 denyutan dalam sesaat atau 1,800,000,000 denyutan dalam sesaat).
 
"Yop! Apahal lama tak dengar kabar..... Mesti ada apa-apa." kata suara yang entah dari mana tetapi kedengaran dekat di telinga aku.
 
"Memang ada. Aku kan selalu bawa berita gembira." jawab ku.
 
"Ni, kawan aku, Senior VP satu kompeni. Nak kan aku carikkan sorang untuk jadi Front of Line Manager. Since engko pun terrer bahagian tu, tak nak ker apply. Bla... bla...."
 
"Bla.... bla.... bla...."
 
"Bla.... bla... bla..... Share option, bla... bla.... RM 7K - RM 11K.... bla... bla... bla...., TOL, HP free... bla... bla... car maintenance,, bla... bla.... "
 
"Bla.... bla... bla....."
 
"Dia tak ada hal punya. Dia bagus. Dia trust aku, aku pun trust dia. Relationship ni yang membina. Kalau nak berpolitiking...... bla... bla... bla.... "
 
"Ok. Aku tunggu CV engko kalau minatlah..... hantar ke e-mail add aku. So far, recommendation aku kat dia tak pernah di rejek!"
 
Perbualan ringkas dalam perjalanan ke tempat kerja sejauh 10 minit. Sambungan daripada perbualan telefon jam 12 malam tadi dari seorang sahabat lain di Utara tanahair.
 
Satu persahabatan. Sangat sukar dinilaikan. Ada yang bersahabat hanya untuk kepentingan sendiri. Ada yang bersahabat kerana hendakkan sesuatu yang dia tidak miliki. Ada yang bersahabat hanya untuk relax-relax saja tanpa nilai lainnya. Ada yang bersahabat seperdi diri sendiri!! Sakit sahabat turut di rasai. Cuai sahabat segera dinasihati.
 
Aku juga punya ramai sahabat. Berbagai ragam sahabat. Dan setiap satunya menilaikan aku juga dengan interpretasinya sendiri. Dan aku pun pernah terputus sahabat. Kerana mungkin kecewa, atau lainnya. Untuk kembali bersahabat seperli dulu, mungkin ego menyelimuti diri. Tidak bakal menjadi!
 
 

26 July 2004

Hujung Minggu Yang Meletihkan.....

Hujung mingguku kali ini meletihkan. Dari malam Sabtu, hingga ke malam Isnin penuh dengan aktiviti yang meletihkan. Letih badan dan letih kepala.
 
Malam Sabtu, mesyuarat di meja makan di Food Court Ukay Perdana hingga jam hampir 1 pagi. Sampai di rumah, semua sudah nyenyak. Sambung memasukkan apa yang dibincangkan tadi ke komputer hingga jam hampir 4 pagi. Pagi-pagi, anak sudah menggerakkan. Nak solat sekali. Akur perintah anak yang baru 3 tahun 1 bulan. Lepas itu, ingat pesan ibunya. Hari ini nak masukkan telefon rumah. Kawasan perumahan baru, baru dapat line. Bolehlah anak-anak main komputer. Boleh berchat dengan isteri ketika aku di pejabat.
 
Pusing-pusing di Kajang, tak jumpa kedai Telekom. Informasi silap. Bukan lepas Balai Polis ke kanan, tetapi simpang di Balai Polis ke kiri! Membazir 1 jam. Untung anak-anak, sarapan kali kedua sementara ayahnya mencari-cari.....
 
Petang, sampai di rumah. Sempat membeli tali pancing baru. Untuk memburu toman esok harinya.....
 
Ah..... malam nanti, ada lagi. Perlawanan persahabatan badminton di Country Heights. Entahkan boleh pergi, entahkan tidak. Mata sudah letih benar sedang anak-anak mahukan bermanja. Seperti tahu, minggu depan akan ditinggalkan seminggu........