04 January 2006

Jom Pi Sekolah......

Akhir tahun, sibuklah semua ibu-bapa yang punya akan untuk menyekolahkan anak-anak kembali. Termasuklah aku yang kini, anakku yang sulung memasuki Tingkatan 1. Agak kecewa tidak dapat memasuki asrama penuh. Jalan akhir, sekolah sahajalah di Cyberjaya. Sekolah yang baru di buka. Kemasukan tahun kedua!! Harap-harap kerim kepalanya jadi siber......

3 Januari, pagi-pagi aku menghantar anak kedua dulu ke sekolahnya. Di Tahun 3. Segak memakai baju biru muda, seluar biru tua dengan bertali leher.

"Nanti ayah datang lagi yer. Nak hantar abang dulu." pesan aku sewaktu menurunkannya di pintu pagar sekolah pada jam 7.00 pagi. Anak keduaku mengangguk. Aku harus bergegas ke Cyberjaya untuk mendaftarkan anak aku. Hari pendaftaran sebelumnya, aku terpaksa tidak dapat datang. Jadi, pada hari kemasukan aku mendaftarkannya. Mujur pendaftaran awal sudah dibuat oleh pihak sekolah lamanya.

Balik ke sekolah rendah, aku masuk ke kelas anak aku. Belum masuk, gurunya sudah tersenyum pada aku.

"Tak kerja?" tanyanya melihat aku berpakaian santai.

"Ambil cuti hati ini." jawab aku. Rupanya jiran aku. Isteri kawan aku seorang pegawai kerajaan di Putrajaya. Sebelum ini mengenalinya sebagai jiran sahaja. Tidak mengenali kerjayanya sebagai guru. Kini, jadi guru pada anak aku!!

Selesai pembayaran yuran, aku ke kedai buku membelikan buku-buku latihan. Buku-buku teks sudah aku beli di Kajang beberapa hari sebelumnya. Beberapa orang ibu-ibu beratur menanti giliran. Aku menyambung barisan diikuti seorang lelaki dan seorang yang agak berumur. Sambil menanti giliran, aku terdengar perbualan dua orang di belakang aku.

Perempuan yang sudah agak berumur melebihi umur pencen ini bersuara bila di tanya tentang berapa anaknya yang bersekolah.

"Tiga orang di sini, tiga orang lagi sekolah menengah." jawabnya agak ringkas.

"Ramai tu. Mesti banyak belanjanya." balas yang menanya.

"Tu tak termasuk tiga lagi yang di peringkat atas. Masih lagi belajar. Belum ada yang dah lepas belajar." jawan makcik tadi.

Jawaban dia membuat aku insaf. Agaknya, betitulah ibi-bapa aku dulu menyekolahkan aku adik-beradik. Dan lagi, ibu-bapa aku dulu jauh lebih susah dan daif rasanya!!