25 August 2005

Akhir Zaman lagi......

"Has, ada masa?" suara di gagang telefon kedengaran.

"Boleh. Tengah prepare material untuk meeting petang nanti." jawab aku pendek, walau lebih panjang dari soalan.

"Nih ada cerita baru. Aku dengar ada komplot untuk tak guna cip engkau. Minggu lepas ada meeting... bla... bla... bla...." panjang lebar suara itu menerangkan kepada aku. Komplot itu dan komplot ini. Kadang kepala aku pusing. Keliru dengan keadaan suara-suara yang datang atas daripada dengar-percakapan sahaja sedang aku sendiri tidak tahu menahu tentang "komplot" atau sebagainya. Aleh-aleh sampai ke pendengaran aku begitu.... Baru minggu lepas aku ketemu Dato' Menteri.

"OKlah.... Aku dapat arahan untuk rekabentuk cip tu dari kerajaan. Kalau lepas tu tak nak guna dan orang lain gunakan, nanti kan ke memalukan. Aku anggap tak dengarlah cerita tu semua. Aku teruskan apa yang aku buat. Yang penting, sampai masanya aku boleh "deliver" apa yang aku janjikan. Ini janji aku pada Nomor 1." jawab aku.

Begitulah keadaan kehidupan perniagaan masa kini. Penuh dengan cerita-ceriti yang kadang tidak masuk akal. Bukan hanya di bidang perniagaan, dalam politik syarikat, politik siasah, dalam NGO dan pelbagai lagi. Banyak cerita-ceriti yang kadang hanya khabar-khabar angin.

Cerita yang menarik aku akhir-akhir ini adalah tentang akhir zaman. Tersebar di internet tentang tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi. Tentang letupan besar yang kedengaran seantero dunia pada tengah Ramadhan al-Mubarak yang akan datang. Tentang gerhana 2 kali dalam sebulan Ramadhan nanti. Yang katanya lagi, perkara ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ikut pengetahuan aku, gerhana 2x di bulan Ramadhan sudah banyak kali berlaku. Yang terakhir pad atahun 2003 yang lepas. Dan tentunya gerhana matahari akan berlaku samada di awal bulan atau akhir bulan kalender lunar. Manakala gerhana bulan pula di pertengahan bulan lunar sementara bulan sedangan mengambang penuh.

Berbagai suara pendapat menyokong cerita ini. Tapi mengikut aku, itu semua adalah kepercayaan daripada golongan Qadiani dan Ahmadiah. Yang mengharap benar "penyelamat" umat Islam akhir zaman adalah dari kalangan mereka. Yang berasal daripada timur. Maka persoalan aku, dimanakah letaknya timur? Apabila yang mengatakan timur itu berada di MaitulMaqdis, Madinah itu pun di kira timur. Bila yang mengatakan timur itu berada di Mekad, mungkinkah Bagdad itu juga timur? Kampuchea juga timur, Jakarta, Kuala Lumpur malah Meru, kampung aku juga timur kalau mengikut apa yang tersebar diinternet dan e-mail sekarang.

Pada aku, aku akan teruskan berbuak kebaikan. Inilah yang menjelaskan apa yang tidak jelas nanti. Kalau bersedia menanti Imam Mahdi hingga lupa tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat, itu pun tidak disenangi olehNya.

24 August 2005

Diari Petang....

"Dah dapat surat?" tanya suara di gagang telefon.

"Lum lagi. So jadi ke mesyuarat esok." tanya aku.

"Jadi. Tapi pukul 3.00 petang. Bukan pukul 9.30 pagi." jawaban.

Ah..... kacau. Camana aku nak buat. Semua bercelaru sekarang. Masa dah di blok untuk petang. Itulah kalau menanti sangat masa seorang KSU. Tapi bagaimana pun, aku terpaksa akur. Aku harus batalkan mesyuarat pukul 3 esok untuk ke mesyuarat yang satu lagi di Putrajaya. Ini soal penting syarikat. Tawar-menawar harga dan aku harus menghadirkan diri. Bukan harus, wajib!!

Sehari dua ini, masa semacam terlalu pantas sehingga sekumpulan pelajar dari UPM yang ingin mewawancara aku pun terpaksa aku tolakkan masanya beberapa kali. Dapatlah masa lewat petang. Waktu pejabat seakan semakin pendek. Mahu sahaja aku panjangkan masa bekerja hingga 9 malam, tapi itu sudah melampaui masa sosial dan masa keluarga aku.....

"Has, jadi ker meeting petang ini?" tanya seseorang.

"Jadi. Jam 6 petang." jawabku sambil ketawa. Itu sebenarnya masa aku pulang ke rumah menemui anak-anakku. Tapi untuk hari ini, itu masa memulakan satu mesyuarat.

Sedang cadangan untuk beberapa projek di Tehran, Lebanon dan Dubai masih aku belum selesaikan......

Mungkin aku sudah tua untuk berlumba lari dengan masa ini.....

23 August 2005

Santai d'Fifofo

"Balik cepat ye!!" bersuara seorang isteri ketika aku hendak kembali ke pejabat selepas makan tengahari di rumah sempena cuti persekolahan ini.

"Nak singgah kolam dulu. Bagi makan anak ikan." jawab aku.

"Nak ikut. Nak kemaskan dapur tuh. Berselerak!!" jawabnya. Aku senyum. Aku teringat tukang masak yang berhenti kerja mendadak. Tidak sempat mengemaskan dapur d' Fifofo. Sudah empat hari pemancing bertanya, "mana sup tulang?". Sup tulang yang menjadi kesukaan ramai sudah tidak ada di Fifofo sejak empat hari yang lalu. Aku sedang sibuk mencari tukang masak lain menggantikan Sher yang berhenti mendadak.

Lega rasa bila isteri aku menawarkan tenaga membantu. Dulu dia agak curiga dengan aktiviti aku, sekarang dia seronok bila hasilnya sudah berbuah. Setiap tiga bulan menerima saguhati bonus pelaburan projek ini. Dan pelaburan pun aku yang sponsor sepenuhnya!!


Sampai di Fifofo, sahabat-sahabat sudah menanti.

"Dato', rohu mengganas!!" kata salah seorang yang membahasakan diriku dengan Dato'. Aku bersalaman. Hari ini aku seronok melihat pemancing berjuang menaikkan labeo rohita. Memerhati dari pangkin di atas, kelihatan PICC (Putrajaya International Convension Center) tersergam indah. Di keliling kolam utama Fifofo, lebih dua puluh orang pemancing sedang menanti umpan di sambar samada Clarias Macrocephalus(rohu), pangasius pangasius (patin), colossoma macropomum (pacu), leptobarbus hoevenii (jelawat), cyprinus carpio (leekoh), hemibagrus nemurus (baung), channa striata (haruan) dan sebagainya.

Bertanyakan pada seorang sahabat, bagaimana perancangan pertandingan memancing September nanti... Aku memberikan beberapa tip dan arahan.

Isteriku sibuk mengemaskan dapur restoran Santai d' Fifofo. Aku mengambil dedak dinding 920B, sedikit aku rendamkan untuk hidangan anak-anak clarias macrocephalus (keli) seramai 10,000 ekor, selebihnya aku biarkan kering untuk lebih 5,000 ekor anak-anak oreochromis mossambicus (tilapia) yang telah dikawal genetiknya agar cepat membesar, 10,000 anak-anak labeo rohita dan 10,000 anak-anak cyprinus carpio.

Aku leka melihat ribuan anak-anak ikan ini berebut-rebut dedak yang terapung!!!! Anak-anakku juga anak-anak lain yang ada di Fifofo ketika itu juga kesukaan melihat anak-anak ikan ini berebut-rebutan makanan.

Dalam begitu, kepala aku ligat berfikir tentang Pertandingan Memancing d'Fifofo, 25 September nanti.

22 August 2005

Anakku dan Akhir Zaman

"Apa Dajjal tu Yah?" tanya anak aku yang no 2 bila baca e-mail di komputer aku beberapa artikel pasal Dajjal, Imam Mahdi dan akhir zaman.

"Dajjal tu fitnah besar." jawab aku ringkas.

"Orang kata, Dajjal tu makhluk Allah yang keluar dan merosakkan orang dengan fitnah dia."

"Fitnah.... hmmmmmm.... , fitnah tu apa?" tanya dia lagi.

"Fitnah tu cakap bohong untuk susahkan orang lain." jawab aku lagi dengan ringkas sambil aku mengemas meja "pejabat di rumah" aku.

Memang akhir-akhir ini banyak e-mail pasal akhir zaman, pasal al-Masikh Dajjal, pasal Imam Mahdi, pasal al-Masih Nabi Isa dan banyak lagi yang menyuruh kita bersedia untuk saat itu. Berbagai-bagai hadis dan dalil-dalil dikeluarkan untuk menyokong ini. Pada aku, aku hanya mengharapkan yang baik. Bersedia dalam setiap saat untuk sesuatu yang tidak diingini. Bukan hanya bersedia untuk apa yang dikatakan sebagai "armageddon", atau peperangan besar antara penganut agama Tauhid dengan yang fasikh yang diketuai oleh Dajjal, malah bersedia untuk kemungkinan lainnya seperti kemalangan, sakit, kematian dan lain-lain.

Dalil-dalil tentang Imam Mahdi dan armageddon akhir zaman pun aku tidak jumpa kesahihannya melainkan "hadis-hadis" yang banyak disebarkan oleh golongan Ahmadiah dan Qadiani.

"Emir cuti sekolah ni, kalau nak tahu baca buku-buku itu. Lepas tuh ayah ceritakan kat Emir apa yang ayah fikirkan." aku katakan pada anakku sambil menunjukkan buku-buku tentang akhir zaman, tentang Dajjal, tentang banyak lagi yang aku suka baca beberapa tahun lepas.

Pada aku, apa yang berlaku adalah "ketentuan yang Dia rancang". Kita perlu meneruskan berbuat kebaikan sebagaimana yang susuruh, dan menghindarkan perbuatan yang merosakkan diri, merosakkan masyarakat dan sebagainya. Wallahu'alam.