01 July 2005

Waktu Terasa Berhenti....

Waktu terasa seperti berhenti bergerak. Bila hati dalam tidak ketentuan.... Sorang demi sorang rakan-rakan di pejabat MC kerana kesihatan yang tidak menentu. Siapa lagi yang belum MC? Mungkin penangan konvensyen IDB di PICC minggu lalu. Bersalaman dengan orang entah dari mana-mana lalu mungkin menularkan bakteria melalui tangan yang tidak berbasuh. Menjadikan kepala pening-pening dan badan seram sejuk.

Atau mungkin kerana cuaca panas berterusan di luar sedang pejabat dingin oleh pendingin udara hingga memaksa aku memakai jaket sepanjang waktu di pejabat, juga pendingin udara kereta yang tidak pernah tahu berehat selagi enjin berjalan, dan tidurku yang juga dalam dingin pendingin udara????

Yang penting, walau waktu terasa berhenti berdetik, kehidupan perlu diteruskan!!