19 April 2005

Perjalanan Ke Mentari Terbit (3)

Pagi Ahad, 3 April, pagi-pagi sudah bersedia. Minum kopi di lobi hotel, berbualan tentang peristiwa semalam. Tentang jalan-jalan di Shibuya. Tentang keletrik. Tentang kebersihan dan tentang disiplin di jalanan.

Satu perubahan yang ketara, kebersihan jalanan terutama simpang jalannya. Dulu, 15 - 20 tahun dulu, akan penuh dengan putung rokok. Kini tiada lagi. Dapat tahu, merokok di jalanan juga satu kesalahan. Aku tidfak tahu. Aku selamba saja merokok sambil berjalan. Tiada siapa pun yang tegur atau tahan.

"Tunggu sapa lagi? Tunggu MY ke?" tanya aku pada yang lain. MY adalah seorang GM yang ditugaskan menjaga kami.

"Tunggulah dulu." kata DR. Aku sebenarnya tak nak sangat ada guide nih. Tak bebas. Tapi dah dia orang nak jadi guide, aku pun tak der hal sangat. Yang penting, aku dapat barang yang aku nak. Cuma aku takut, dia yang sesat di situ.... Maklum, dia bukan orang Tokyo. Cuma dia orang Japung. Mungkin aku lebih tahu seluk-belok Akihabara berbanding dia.

"Moshiwake gozaimasen...." (Mintak mafa banyak-banyak...) kata MY tertunduk-tunduk dalam keadaan berlari-lari. Aku katakan tak apa.... Lalu kami berangkat. Kereta sudah menunggu. Masuk kereta, dua kereta sudah memadai. Hanya berlima. Dari Shiodome, menaiki kereta singgah ke satu restoran me Japung. Aku fikir nak makan pagi dan tengahari sekali di Akihabara. Tapi si MY sudah aturkan makan di sebuah restoran soba yang bagus di Tokyo. Sampai sahaja ditempatnya, restoran masih belum buka. Tapi sudah ramai orang beratur untuk masuk. Lebih dari 25 orang ikut kiraan seorang sahabat. Tidak lama kemudian, tepat jam 10.00 pagi, pintu dibuka dan berduyun-duyun masuk ke restoran tersebut. Mengambil tempat duduk bersila.

Tuala hangat dihulurkan. Teh hijau Japung dihidangkan. Pesanan di ambil. Aku menempah soba sejuk sahaja. Mi Japung berwarna hijau dan kuning dua perasa. Yang lain lebih suka dengan temjpura soba.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Akihabara. Tidak sampai 20 menit sudah sampai. Aku minta untuk diturunkan di depan sebuah Laox, gedung barangan elektrik yang besar di Japung. Aku katakan yang Akihabara adalah bandar barangan elektrik di Japung. Banyak barangan di sini. Dianya juga sebagai tempat untuk "market scanning" kepada syarikat-syarikat besar. Kadang, satu model ada banyak "brand carrier". Model yang dibangunkan oleh R&D house. Siapa yang banyak menjual, boleh membeli "right" kepada model tersebut.... Itulah cara persaingan positif di Japung....

Aku membawa rakan-rakan delegasi aku memanjat eskalator ke tingkat 5, 6 dan 7 sebuah bangunan. Laox. Tiga tingkat untuk barangan elektrik "duty free". International model. Semua dengan dual voltage atau system international yang boleh diguna pakai di mana-mana sahaja dunia. Tidak perlu "step down transformer". Yang menarik pada aku ada banyak. Salah satunya adalah digital kamera. Dapat tengok model-model baru. Aku belek sebuah. Sony dengan 7.2 Mega pixel kejituan resolusi gambar. Harga yang ditawarkan untuk aku cuma 41,000 yen. Seorang kawan membelinya dengan harga itu walau harga yang terpampang adalah 43,000 yen. Murah 2,000 yen (RM 72) dari harga dipaparkan. Dan itu pun sebenarnya murah 5,000 yen daripada harga tanpa bebas cukai.

Aku bawa kawan yang beli jumpa jurujual berbangsa Cina tadi. Aku kata aku nak beli sebijik lagi. Tanya berapa harga yang ditawarkan. Dia menung sebentar dan panggil bossnya yang berbangsa Japung. Bila si boss datang, aku mula bercakap dan memujuk dalam bahasa Japung. Hasilnya, dapat harga 39,000 yen (RM 1,400) dengan kad memori Sandisk 512MB berharga 7,000 yen (RM 252 sahaja). Aku kira ini sudah cukup berbaloi. Tapi aku masih belum membuat keputusan. Belum mahu beli lagi. Sebab hari itu hari Ahad. Ramai orang membeli-belah. Jalan utama di Akihabara hingga ditutup. Kalau esok, hari Isnin, hari kerja. Lagi bagus kuasa tawar menawar. Aku catitkan nama penjual tadi dengan harga yang ditawarkan pada sehelai kertas. Sebagai bukti yang inilah harga yang ditawarkan hari ini. Aku bagi alasan untuk melihat-lihat di kedai-kedai lain atau esok datang lagi.

Kami berjalan-jalan keliling Akihabara. Daeri sebuah bangunan ke sebuah bangunan. Banyak yang dibeli. Seorang sahabat, seorangg pegawai khas menteri yang juga seorang jutawan di Malaysia membeli banyak hadiah untuk keluarga. Malah ingin membelikan aku barangan yang aku mahu untuk keluarga aku. Aku jawabkan tak perlu. Sudah ada banyak barangan Japung di rumahku. Aku cuma kepingin satu set lagi pedang Japung. Untuk aku melatih anak-anak aku bermain pedang. Lali aku membeli satu set pedang panjang dan pendek. Tidak tajam. Untuk hiasan. Bersarung hitam dengan ukiran keemasan. Dari logam yang kuat yang boleh ditajamkan nanti di Malaysia. Aku beli dengan harga 19,000 yen. Anak aku tentu puas hari. Tidak lagi menggunakan pedang kayu bila berlatih bersama-sama aku di halaman.

Jam 4.00 pm, kami bertolak ke Ueno. Aku mengajak sahabat-sahabat aku ke taman Ueno. Satu taman awam yang menjadi tumpuan. Di situ, kelihatan ramai wajah-wajah "Melayu". Bila didekati, jelas pertuturannya berbahasa Indonesia atau Thailand. Dulu, sewaktu aku di sana sebagai pelajar, tidak mungkin untuk ketemu wajah-wajah yang serupa dari negara lain.....

Untuk melihat sakura berkembang agak mengecewakan. Hanya ada "ume" yang kembang. Sakura hanya dalam 10% kembang. Agak awal dalam seminggu. Jika minggu depan, tentu menarik dengan pesta "hanami" di sana-sini.....

Akhirnya aku membawa sahabat-sahabat aku ke Ameyoko-Cho. Melihat-lihat keadaan pasar terbuka di Japung. Tidak ada niat untuk membeli barangan. Tapi terbeli juga beberapa kotak "nori" (seaweet), "ocha" (teh Japung), kasut golf dan beberapa helai tali leher. Tali leher berkualiti tinggi hanya 1,000 yen sahaja di situ.

Hampir gelap, kami pulang ke hotel. Kali ini, mungkin pemandu kereta sudah tidak boleh menjejaki kami. Kami menaiki densha (keletrik) pulang ke hotel. Harus segera mandi-mandi untuk nanti jam 7.00 malam satu makan malam rasmi di hotel berdekatan......


4 April, 2005
Shiodome, Tokyo, Japan

17 April 2005

Perjalanan Ke Mentari Terbit (2)

2 April, jam 6 petang. Aku cuba menghubungi isteri dan anak-anak. Malang, tiada roaming. Mesin telerak aku bukan dari jenis 3G. Tidak ada international roaming. Harus guna telerak 3G. Tidak boleh bersms dengan buah hati aku di Malaysia. Biasanya aku akan bersms dengan isteri dan anak-anak. Menghiburkan anak-anak dengan cerita apa yang ayahnya buat sewaktu di perantauan. Apa ayahnya makan, minum, buat, tidur pukul berapa, letih, suka dan duka di tempat orang. Kali ini tidak boleh buat begitu. Tiada roaming bermakna aku putus perhubungan dengan kekasih kekasih hati di rumah.

Aku dial nombor antarabangsa. Dial nombor telefon rumah melalui telefon hotel. Anak-anak yang kembar yang mengangkatnya (memicit sebenarnya). Riuh satu rumah...... "Ayah... ayah... ayah....." Telefon di rumah yang menggunakan "speaker phone" akan riuh setiap kali aku menelefon tidak kira dari mana. Rayuan si kembar mengajak balik tidak pernah ketinggalan. "Yah... baliklah... nak ikut pegi Alamanda. Nak beli mainan... Nak ikut pancing ikan......" Aku hanya ketawa. "Ayah jauh, tak boleh balik. Ayah naik kapal terbang....." Bila aku kata ayah naik kapal terbang, si kembar akan segera kata "Tak nak....." sebabnya akan lamalah aku pulang. Akan rindulah dia pada aku.

Hampir setengah jam berbual-bual dengan kekasih-kekasih hati aku di Malaysia, aku letakkan gagang. Tidak lama, telefon berdering. Masa untuk makan malam. Makan malam yang awal. Dari Shiodome, akan ke Shibuya, satu bandar yang sentiasa meriah. Aku tidak menaiki densha (keretapi letrik) ke Shibuya. Semuanya dengan kereta. Sebuah BMW750iL untuk aku dan seorang JUSA kerajaan yang satu level dengan aku. Yang lain dengan sebuah kereta Toyota. Agak janggal menaiki BMW750iL dan duduk di belakang menyandar, ketika keluar kereta, semua mata memandang..... Tetapi, seronok juga dalam kejanggalan!

Makan malam, cerita makanan lagi. Masuk sebuah restoran yang juga tradisional. Bukan restoran kelas atasan. Hanya restoran bar biasa. Hanya dua meja makan dan meja bar panjang. Cukup memuatkan untuk lebih kurang 12 orang dalam satu masa. Ini pun atas permintaan aku. Aku katakan pada Japung yang membawa dan menguruskan kami untuk tidak makan di tempat yang kelas. Cukup makanan tradisional bagi menunjukkan kepada yang lain yang belum tahu apa itu Japung. Permintaan aku sebenarnya ditolak, tapi aku meminta juga. Maka diuruskannya begitu dengan syarat aku tidak memberitahu "boss" dia. Dan aku berjanji.... Aku tahu dia akan ada masalah jika "boss" dia tahu di mana kami makan.

Lebih selesa. Satu restoran di tempah. Tiada pelanggan lain sejak 1 jam sebelumnya. Memang restoran ini khas untuk kami. Hanya 8 orang. Tan Sri yang bersama kami tidak makan bersama kerana ada makan malam sambil bermesyuarat di tempat lain. Dua orang Dato' juga tidak bersama. Mereka bersama Tan Sri atas urusan lain. Pasukan teknikal yang bersama aku tidak mahu tahu tentang apa yang mereka bincangkan. Biarlah mereka dengan tugas mereka, kami menguruskan permasalahan teknikal dan teknologi. Tidak mahu mencampur-adukkan. Hanya sebagai penasihat teknologi, aku kadang harus campur dalam perancangan realisasi teknologi ini dari segi komersial. Adakah berbaloi????

Isi ketam "Suigai Gani" dihidangkan. Dengan cengkerangnya sebagai mangkuk. Isi perut ketam dimasukkan dalam mangkuk lain. Dicampur dengan sup ketam menjadikan sebagai sos untuk makan isi ketam. Ini memang kegemaran aku dulu-dulu sewaktu aku menghuni negara mentari terbit ini. Ketam atau disebut sebagai "kani" di sini memang kesukaan aku. Tak kiralah ianya Suigai Gani yang mahal dan kelas atasan, atau Watari Gani, ketam biasa yang murah di pasaran. Asal ketam, memang menjadi kesukaan aku hingga kini. Ketam dan udang.... menyebabkan sendi-sendi kaki aku membengkak akibat Gout todak lama dahulu....

Lepas sehidang, sehidang lagi dihidangkan. Memang perut aku sudah penuh benar. Ketam, udang, ikan, kerang-kerangan, sayur-sayuran, ikan lagi, udang lagi dan ketam lagi dengan resepi yang berbeza. Teh hijau Jepun sudah bergelas-gelas. Hingga aku katakan.... "Mama-san.... Mou iidesu.... Hara ippai yo...." (Mama [panggilan untuk pelayan restoran] dah... dah cukuplah tu.... pertut dah penuh ni.....). Dia membalaskan..... "Mada mitsu aru yo Has-sama...." (Masih ada 3 lagi, Tuan Has [sama biasanya digunakan untuk orang besar-besar. Gantian bagi san yang bermaksud encik]) Sahabat-sahabat aku sudah tidak boleh masuk lagi. Akhirnya, tiga hidangan yang terakhir kami biarkan dan dibungkuskan tanpa kami ketahui. Malam itu sesampainya di hotel, ia diserahkan kepada aku untuk alas perut kalau-kalau lapar nanti.....

Selesai makan, aku diminta rakan serombongan untuk membawa berjalan-jalan. Japung penjaga kami sungguh-sungguh risau. Takut apa-apa berlaku kepada kami.

"Has-san, ...." Belum sempat dia bersuara aku membalas.. "Daijoubu.... Simpai sinai de... Wataksiwa Tokyo-jin dakara...." (Tak apa... Saya ni kan orang Tokyo...). Dia tidak berkata apa-apa. Segera dia memnelefon seseorang dengan suara yang sangat ketakutan. Sungguh risau. Dua orang yang bersama kami betul-betul ketakutan sedang pemandu kereta terpinga-pinga.

"Densha de hoteru made kairemasu kara... simpai sinaide kudasai..." (Jangan risau. Boleh balik sampai hotel dengan keletrik....) kata aku.

Akhirnya, kami berjalan-jalan di sekitar Shibuya. Dari sebuah kedai ke sebuah kedai kami masuki. Dari sebuah lorong ke sebuah lorong. Kesibukan Shibuya dengan kepantasan kehidupannya. Kepala rata di setiap lorong. Keluar masuk kedai untuk mencari hiburan. Pelbagai hiburan yang Japung-japung ini cari di sini. Kami hanya menyusuri bandar ini hingga ke Shibuya Eki, setesen keletrik yang ke-2 sibuk di dunia selepas Shinjuku Eki, mengikut statistik tahun 1988 dulu.

Lewat malam, kami akhirnya tewas. Tidak pulang dengan densha, tapi pemandu kereta sudah menanti di dekat Shibuya Eki. Masuklah aku ke perut BMW 750iL hingga ke hotel. Di hotel kelihatan sekumpulan Jepung kerisauan. Pengerusi dan CEO syarikat di situ berlari mendapatkan aku sambil tertunduk-tunduk. Tidak mahu aku membuat sesuka aku dan pergi ke tempat-tempat yang tidak dirancang. Aku katakan, tempat-tempat yang dirancang hanya untuk mesyuarat dan perbincangan. Di luar masa kerja, itu hak aku untuk ke mana sahaja aku ingin pergi. Selepas waktu kerja, kecuali ada perancangan perbincangan lanjutan, maka itu adalah aktiviti bebas aku dan orang lain. Sambil senyum, aku tetap dengan keputusan aku. Wajahnya ketakutan. Matanya merah menandakan mungkin tadi dia menangis ketika aku belum sampai ke hotel.

Aku berlalu selepas berkata, "Ashita wa yasumi desu yo... , ware-ware wa Akihabara he ikimasu...." (Esok cuti, kami nak ke Akihabara....) .......


3 April, 2005
Shiodome Hotel, Tokyo