14 June 2005

Harga krim kepala itu berbeza-beza

Satu sms datang. Bertanya sesuatu tentang smart kad. Aku jawabkan ringkas. Smart kad ada yang smart, ada yang tak smart. Bergantung pada pembuat aplikasinya yang menjadikannya smart. Smart kad harganya bergantung kepada "kepintaran" isinya. Ada yang murah RM4 sekeping, ada yang mahal puluhan ringgit!!

Pagi ini sekali lagi aku dipanggil untuk memberikan "cerita" tentang smart kad. Lagi-lagi tentang harga. Apakah harga itu segalanya?

Harga kereta Kancil memang tidak boleh dipadankan dengan kereta BMW750iL. Ianya sangat jauh berbeza. Itulah yang pegawai-pegawai di Putrrajaya sana perlu fahami......

Harga smart kad juga berbeza-beza. Perbezaan aplikasinya membezakan isi krim kepala pembikinnya!!

12 June 2005

Satu Perjalanan Kedewasaan

Perjalanan ke Bagan Datoh tidak aku sangka agak jauh juga. Konvoi enam kenderaan penuh berpenumpang. 19 dulang dan kotak-kotak pelbagai barangan.

Aku kadang terkedepan kadang terkebelakang.

Perjalanan menyunting seorang perawan. Bagi melengkapkan dunia kedewasaan seorang adinda isteri tersayang.

Kepenatan pulang, membawa 29 barangan balasan. Hantaran Norjuma pun tidak begitu banyak!!

Aku cuma inginkan mangga yang kelihatan manis sekali......