07 January 2005

Bala? Atau Peringatan?

Beberapa hari lepas, seorang sahabat meminta aku untuk menulis sesuatu di sebuah akhbar perdana sebab dah cukup lama aku tidak menulis di situ. Tapi aku belum tulis lagi. Tidak tahu apa nak tulis.  Dulu, sering juga menulis di ruangan forum atau di ruangan sastera. Kadang lawak pulak dengan profesyen sebagai engineer, menulis di ruangan sastera. Kalau engineer-engineer aku baca dan tahu aku penulisnya, tentu dia orang gelak sampai guling-guling.....
 
Aku fikir nak tulis pasal tsunami, tapi tak reti sangat. Nak tulis pasal wang yang dukumpulkan untuk bantuan mangsa tsunami, pun bukan aku tahu mana perginya duit-duit tu. Sampai sekarang tiap hari ti-vi dok cerita dan tanya mana duit-duit yang berjuta tu. Mungkin dah tukar jadi kereta tiga bintang!! Untuk aku cerita pasal piala harimau, pun aku tak reti sangat. Semangat penonton berkobar-kobar. Jarang-jarang nampak cam tuh. Bila penonton turun, kalah pulak! Baik tak ada penonton dan penyokong. Boleh menang. Jadinya aku simpulkan, pasal bola ni, janganlah bazirkan duit beli tiket. Tengok saja di ti-vi. Kalau beli tiket dan sorak di stadium, nanti pasukan kebangsaan kita kalah!!
 
Itulah serba sedikit. Tapi aku nak tulis, belum berkesempatan lagi. Mungkin nanti aku tuliskan. Dalam pikir-pikir gitu, ada pulak kawan siber tanya pasal bala. Lagi pasal tsunami. Kata tsunami tu adalah bala Tuhan pada kita sebab itulah, inilah.... dan sebagainya. Memanglah yang tak baik itu adalah bala yang Tuhan bagi pada kita. Jari tangan terkena pisau pun bala jugak. Tergigit lidah pun bala jugak. Apakah nak disamakan kejadian tsunami ini dengan bala untuk kaum Aad, atau Karuun atau kaun Nabi Nuh atau kaum Nabi Lut atau kaum Tsamud? Itu aku tak tahu. Tapi dari dulu memang ada gempa dan tsunami. Sejak sebelum Nabi Adam diturunkan ke bumi lagi. Sejak zaman dinosor. Sejak zaman Triassic, Jurassic, Cretaceus lagi sudah ada letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami! Hanya kita kena ingat bahawa itu adalah untuk mengiangatkan kita semua. Manusia semua samada yang beriman atau pun tidak bahawa ada satu kuasa yang lebih besar. Kuasa Al-Khaliq ini yang lebih besar. Yang boleh menggulung laut dan menghempaskan air ke pantai dan darat. Membawa banyak kemusnahan. Itu sesuatu yang nyata.
 
Dan nanti pun akan ada lagi. Akan ada lagi bencana yang besar begini. Mega Tsunami tentu akan datang. Bayangkan kalau Gunung Cumbre Vieja di Pulau La Palma, Kepulauan Canary meletus.....Bayangkan separuh pulau tersebut terhumban ke pantau baratnya dan terbenam ke lautan Atlantik. 500,000,000,000 tan tanah dan batu batan akan menghemburkan lautan Atlantik. Ini membuatkan kuasa kinetik sebanyak 5,000,000,000,000,000 joules yang kemudiannya menjana gelombang besar setinggi mencecah seribu meter dengan kelajuan melebihi 1,400 km/jam menghala ke Barat, Selatan dan Utara. Kepulauan Inggeris, Perancis, Scandinavia semuanya habis tenggelam. Tiga perempat Eropah akan hancur. Gelombang besar bergerak ke Barat pula mendekati pantai Barat benua Amerika. Sampai di pantai New York, ketinggian gelombang sudah menurun! Tapi masih setinggi 50 - 100 meter!! Akan hancur Manhattan, New York!! Tiada lagi kebanggaan mereka oleh bangunan-bangunan tinggi dan kecanggihan teknologi di sana!
 
Apakah itu mustahil? Dengan kekuasaanNya, tiada yang mustahil sedang kajian sains juga mengiyakan perkara tersebut!
 
Kita hanya perlu bersedia. Dengan sentiasa mengiangtiNya. Takut (dibaca taqwa) kepadanya. Meningkatkan keyakinan kita untuk terus mendapatkan keredhaan daripadaNya. Kalau Dia nak jadikan, sekelip mata sahaja ianya boleh berlaku. Seperti mana kejadian tsunami ini, hanya 10 menit, korban nyawa sudah melebihi 150,000 nyawa. Itu belum lagi yang hilang, sakin dan tidak dapat diselamatkan dan sebagainya nanti......