21 May 2005

Menjadi Yang Terbaik!!


Aku agak kaku ketika hendak menjawab satu soalan pada satu hari di minggu lalu. Apakah aku perlu jawabkan? Atau aku hanya perlu berpura-pura dengan jawaban palsu. Akhirnya aku terlalu berterus-terang. Aku jawabkan ;

"Masa berubah, dan di sekeliling masa pun semuanya berubah. Sebab itu aku nampak media ini pun turut berubah. Perubahan ini membuat aku juga berubah. "

"Berubah macamana sempai?"

"Berubah dari isinya, dari penyampaiannya dan dari petadbirannya mungkin....."

Memang minggu lepas aku banyak di tanya. Ke mana aku menghilang. Tulisan aku sudah jarang kelihatan. Puisi-puisi aku sudah tidak langsung keluar di majalah malah tidak juga di media puisi siber. Tulisan kritis aku sudah tidak juga keluar di media-media politik siber Malaysia. Dan tulisan santai minda aku juga sudah jarang sekali keluar di media-media siber santai sebegini lagi. Memangnya aku sudah cukup berubah?

Perubahan itu satu penghijrahan. Penghijrahan minda. Dari satu tapak ke satu tapak yang lebih tinggi. Asal sahaja tidak membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan. Penghijrahan itu seharusnya menjadikan kita lebih baik daripada kita yang kelmarin!

Aku bercerita banyak dengan dua orang kohai (junior) aku ini. Yang seorang 13 tahun lebih muda dan seorang lagi 12 tahun muda dari aku. Walau tidak pernah ketemu di Jepung, mereka tetap menghormati aku sebagai "sempai".

Yang lelaki berkata, "Saya hendak sangat jadi macam sempai."

Aku jawabkan mudah sahaja. "Jadilah diri sendiri. Memang tidak boleh jadi macam saya. Jadi diri sendiri yang lebih baik dari hari ini. Nanti, kalau setiap hari ada peningkatan dari kualiti diri, jadilah seorang yang lebih baik daripada orang yang baik. You tak akan mahu jadi saya kalau you bukan saya."

Memanglah mudah jadi diri sendiri. Untuk jadikan diri kita sebagai orang lain, memang sukar. Aku katakan yang dia tak akan sanggup tidur 3 - 4 jam sehari. Siang di ofis, malam entah di mana-mana. Korban masa keluarga untuk masyarakat dan negara. Dan yang penting, isterinya tentu tidak sama dengan isteri aku. Dan anak-anaknya tentu juga tidak sama dengan anak-anak aku. Bagaimana nak jadi macam aku?

Dalam berbual-bualan begitu, seorang Jepung "boss besar" kepada kedua-dua kohai aku tiba. Sudah dua hari datang dari Jepung. Melihat aku, dari jauh dia tertunduk-tunduk memberi hormat.

"Has-san, konnichiwa..." satu ucapan biasa, tapi perlakuannya tidak biasa bagi seorang Jepung. Dia tunduk merendah di depan ramai orang Malaysia di PWTC ini. Tidak lama, dia menghampiri aku dan memeluk aku erat sebagaimana rakan-rakan niaga aku dari Timur Tengah memeluk aku bila ketemu.

Tidak lama kemudian, aku terima sms. Ringkas isinya. "Dato' dtg skrg."

Aku memang sudah bersedia. Aku keluar ke pintu masuk ekspo, menanti seorang pak menteri untuk aku iringi ke ekspo ini. Yang penting, mengiringi dia ke "booth" pameran barangan baru aku, yang baru dilancarkan dan tersiar di banyak media. Barangan pintar yang didatangkan dari ilham Illahi melalui krim kepala anak Malaysia. Dan yang membanggakan, krim kepala Muslim Malaysia. Barangan pintar bersaiz 10.3 milimeter persegi ini terlalu kecil untuk dihayati sebagaimana menghayati kecantikan sebuah kenderaan "under license" yang bersiaran di jalan-jalan. Barangan pintar yang mengandungi lebih dari 500,000 transister ini sangat besar kepentingannya kepada manusia masa kini. Tanpa barangan pintar seumpamanya kini, tidak boleh mengeluarkan wang di mesin-mesin ATM....... Juga tidak boleh mengisi minak petrol ke tangki minyak kereta "under license" dengan sekeping kad!!

Pak Menteri datang. Berjabat tangan lalu aku bawa ke "pavilion pameran" milik kerajaan yang diselenggara oleh syarikat Jepung tadi. Di sini, aku bisikkan sesuatu yang membuat dia terkejut sambil merenung aku lama. Aku senyum..... "To', itulah yang saya katakan pada Dato' hari itu masa kita kena curut....." ia mengangguk-angguk.

Yang terakhir, aku bawa Pak Menteri ke "booth" pameran syarikat aku. Booth yang kecil. Hanya 10 meter persegi. Tapi bukan saiznya yang penting. Isinya yang sangat penting. Beribu-ribu chip hasil krim kepala orang Melayu dan yang penting Islam dalam pameran. Aku terangkan proses merealisasikannya..... dan kebolehan cip-cip pintar tersebut!! Yang mengejutkan Pak Menteri, "Kita sudah ekspot lebih 35 juta cip kita ke luar negara. Majoriti ke Eropah...."