24 September 2005

Perbualan Tentang "Satu Rejection....."

Jumaat, 23 September 2005

"Hello, saya Has dari Bekalimas. Nih, saya nak confirm kedatangan YB ke Pertandingan Memancing d'Fifofo"

"Oh... Yang itu saya tidak tahu. Boleh En Has bercakap sendiri dengan YB?"

"Boleh."

........... penantian satu penyiksaan...............

"Hello En Has."

"Assalamualaikum YB, Isnin lepas lama saya tunggu YB. Dari kul 10:30 sampai 12:30"

"Alaikumsalam. Mintak maaf En Has.... Saya terlupa sungguh."

"Tak pa.... So saya sebenarnya nak reconfirm kedatangan YB Ahad ini?"

"Ahad ini pukul 1:30 yer?"

"Yep."

"Ini saya pun minta maaf sebab terpaksa saya batalkan. Saya tidak dapat datang En Has. Sebab saya terpaksa bla..... bla.... bla.... bla......"

"Oh...... Macama itu. Kalau macam itu, tak mengapalah YB. Saya tahulah position kita dan position YB sekarang. Tapi saya dah sediakan semuanya termasuk banner, backdrop dan sebagainya. Mungkin pembangunan belia di sini tidak penting untuk YB."

"Ok yer En Has...."

"OK. Bye".

Tamat perbualan telefon...... Dalam hati aku, "betul kata ramai orang yang dia tidak akan datang......" Cuma aku terfikir, bagaimana untuk aku bicarakan pada Dato' EXCO Pembangunan Belia Selangor......