21 October 2004

Sekuntum Mawar Merah......

Keindahan adalah hayalan dalam igauan semalam. Kecantikan bukan semestinya memberi kesejukan di jiwa. Ada keindahan yang sebenarnya kehancuran. Petaka dan bala yang hanya Dia mengertikan. Keindahan kadang mengundang sengsara.


Gambar ini disimpan di ImageShack.us


Al-Quran Surah Ar-Rahman 37 - 38


Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Di sini tiada dusta. Tiada siapa yang mendustakan. KeranaNya aku masih di sini. Menggapaikan tangan memohon keampunan di Ramadhan al-Mubaraq ini. Agar nanti jiwaku sesuci embun pagi........

20 October 2004

Yah.... Bami Nangis.....

"Yah... Bami nangis...." kata Izzan sambil menunjukkan Emir yang teresak-esak menangis di belakang sofa. Aku jadi hairan, kerana apa dia menangis. Tetiba teresak-esak.....
Ah... rupanya ingin mengikut aku membeli kuih-muih untuk berbuka puasa. Aku tidak pulang dahulu. Dari pejabat, langsung ke Presint 2 buat pertama kali. Membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan di situ..... yang luasnya.... letih kaki menjalani!
Ah.... esok sahajalah! Pastikan esok siap mandi pukul lima. Kalau tak siap mandi, tinggal! Pesanan aku semalam. Jadinya petang ini harus ke Presint 2 dengan anak-anak. Dah kalau anak-anak mengikut, ibunya tentu tidak akan ketinggalan! Nanti pula... Jumaat, sudah ada jemputan berbuka di Putrajaya Seafood!