15 January 2006

Kad Plastik Oh MyKad....

Beberapa bulan yang lalu, dengan bangganya aku berjalan keluar dari kaunter JPN di Putrajaya. Sambil memegang 3 keping kad pengenalan baru. Satu untuk aku, satu untuk isteri aku dan satu untuk anak aku yang cukup 12 tahun 23 haribulan Julai yang lepas. Kini aku salah seorang pemegang MyKad, kad kebanggaan negara. Aku mencari-cari ruang untuk mengisikan satu kad itu ke dalam dompet aku. Ah..... sudah penuh. Beberapa kepingan kad plastik sudah mendiami dompet aku. Satu kad nipis lesen memandu, satu kepilannya yang punya tarikh luput tahun 2008, satu kad lesen L aku yang sudah luput tarikhnya. Kalau nak menaiki motorsikal, aku harus membayar RM 30 untuk membolehkan aku membonceng motorsikal...... Nak ambil lesen B terus, agak malu, umur dah lanjut nak kena test saing dengan budak-budak... hehehehehe. Tengok lagi dompet, ada kad royalti (2 keping), kad ATM (3 keping), kad perpustakaan (1 keping), kad penerbang kerap (2 keping), kad insuran (1 keping), kad keahlian kelab (2 keping).....

Mak oi!!!! Baru aku sedar betapa banyaknya kad yang aku simpan di dompet aku!!!! Patutlah kad aku semakin gemuk dan semakin susah untuk aku masukkan dalam poket belakang aku......

Cuba juga aku masukkan dan selitkan di mana-mana yang boleh. Masuk pun dia. Dan cuba lagi aku memasukkan dompet aku ke poket belakang aku. Dengan susah payah, masuk juga dia...... Lega. Aku berjalan dengan senang. Dalam kepala aku terfikir di mana aku nak masukkan nilai tambah untuk T&G. Manalah tahu boleh digunakan dalam kecemasan kalau ke Kuala Lumpur. Kebiasaannya aku naik LRT sahaja kalau ke KL. Tak payah nak ambil kad T&G yang ada di kereta. Dan kebiasaannya aku pun sering lupa....

Kepala aku pusing lagi. Bila-bila lapang, nak jugak aku ke kaunter JPJ. Masukkan applikasi lesen aku. Nanti boleh aku bakulsampahkan 3 kad "lesen" yang aku pegang. Kemudiannya, aku akan ke bank aku. Daftarkan MyKad sebagai kad ATM. Jimat ruang dompet aku. Boleh isi banyak lagi duit kertas. Yang lain-lain, aku simpan kat tempat lain. Kad penerbang kerap mungkin aku simpan sekali dengan passpot aku. Hanya tinggal beberapa kad saja yang tinggal.

Nak pulang ke pejabat, aku singgah di mesin ATM.. Mengeluarkan wang untuk kegunaan. Kad hitam kuning masih bersih..... Masih baru. Kurang dua bulan aku terimanya setelah yang lama rosak kerana tidak boleh di baca.... Niat untuk daftarkan akaun bank ke MyKad aku terkubur. Camana kalau selalu keluar masuk dompet? Kan ke wear & tear dia cepat jugak? Pulak tuh, kalau nak ganti kena bayar duit penalti!!!! Aku kuburkan niat aku. Dan aku kuburkan niat aku untuk isikan nilai T&G di MyKad aku......

Mungkin aku masih belum kenal apa itu "e-society"!!