08 August 2005

Ahhhh.... Lega rasanya!!

Ahhhh.... Lega rasanya bila semuanya selesai dengan baik. Minggu kedua bulan ini aku kepenatan. Tapi minggu ini aku memang benar-benar penat. Terfikir tadi untuk tidak ke ofis. Tapi kerja yang bertimbun memaksa juga datang walau agak lewat. Beberapa hari yang lepas menerima panggilan telefon.

"Has, kakak nih." suara di hujung kedengaran.

"Kakak nak mantu nih. Hujung minggu ini." suara kakak aku memberitahu. Aku sebenarnya dengar juga. Kakak sulung aku nak buat kenduri kahwin, tapi dengar dari mulut orang. Makcik aku yang bagi tahu hujung minggu lepas di kenduri kahwin jiran aku.

"Mungkin sebab engko kat Desa Pinggiran jadi engko selalu dipinggirkan tak?" kata makcik aku minggu lepas. Terasa kecil hati juga tidak diberitahu. Hingga saat-saat akhir, sudah hampir benar waktunya baru diberitahu. Dulu aku sudah janjikan. Siapa yang nak buat kerja kenduri kahwin, aku nak bagi seekor lembu untuk ditumbangkan. Kali ini, tinggal 3 hari, baru nak diberitahu. Pulak tuh, pada harinya, 6 Ogos, aku sudah ada rancangan dan sudah mendaftar untuk memasuki pertandingan memancing sirkit Selangor!!

Untuk seorang kakak, aku batalkan walau sudah membayar yuran.

"Kenapa baru sekarang bagi tahu?" tanya aku pada kakak aku.

"Dah telefon banyak kali, tapi tak dapat." jawaban yang menimbulkan banyak tanda ??? pada kepala aku. Tapi aku diamkan. Aku rasa tidak mungkin nombor telefon aku tidak boleh dihubungi......

"Datang ya! Tolong masak. Engko tak ada, kurang penyeri masakan." katanya lagi.

Semuanya selesai semalam. Dua hari suntuk aku dirumah kakak aku. Dari Sabtu pagi, hingga Ahad malam. Kerja kenduri kahwin di kampung aku, dengan budaya Jawa, memang memenatkan. Seawal 4 petang Sabtu, tetamu sudah mula bertandang hingga ke malamnya jam 1 pagi. Bersambung esoknya bermula jam 9 pagi sudah ada tamu yang datang. Apatah lagi abang ipar aku yang memang "ramah" mulutnya dan dikenali ramai di kampung yang berpenduduk 38,000 orang ini!!

Aku seperti biasa kenduri-kenduri adik-beradik, menjadi ketua tukang masak. 5 kawah nasi minyak, 4 kawah nasi putih, 3 kawah rendang daging, 4 kawah ayam, dan macam-macam lagi.....

Memang aku keletihan!!!!